Wednesday, May 13, 2009

UJIAN STANDARD FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK) PENGGAL 1 TAHUN 2009

PADA 14 hingga 16 April 2009 yang lalu Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan SK Pendita Za'ba, Tapah Road telah mengadakan Ujian SEGAK bagi menguji tahap kecergasan murid tahun 4 hingga 6...

Untuk pengetahuan semua SEGAK adalah satu set ujian standard kecergasan fizikal untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan. Komponen kecergasan yang
diukur dalam SEGAK terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan menengah. Terdapat 5 set ujian SEGAK iaitu:

2.1 Pengiraan Indeks Jisim Badan
2.2 Ujian Naik Turun Bangku Selama 3 Minit
2.3 Ujian Tekan Tubi
2.4 Ujian Ringkuk Tubi Separa
2.5 Ujian Jangkauan Melunjur

Di kesempatan ini saya sebagai Ketua Panitia PJPK ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan Ujian SEGAK untuk penggal 1 ini...

Sekian terima kasih...

Monday, May 11, 2009

SELAMAT DATANG KE BLOG PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN SK PENDITA ZA'BA, TAPAH ROAD

SELAMAT datang ke blog PJPK SK Pendita Za'ba, Tapah road, Perak...

Kepada guru-guru dan murid-murid yang ingin mendapatkan info mengenai pendikan jasmani dan kesihatan bolehlah melayari blog ini...

TQ...
 

blogger templates 3 columns | Make Money Online