PADA 14 hingga 16 April 2009 yang lalu Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan SK Pendita Za'ba, Tapah Road telah mengadakan Ujian SEGAK bagi menguji tahap kecergasan murid tahun 4 hingga 6...
Untuk pengetahuan semua SEGAK adalah satu set ujian standard kecergasan fizikal untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan. Komponen kecergasan yang
diukur dalam SEGAK terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan menengah. Terdapat 5 set ujian SEGAK iaitu:
2.1 Pengiraan Indeks Jisim Badan
2.2 Ujian Naik Turun Bangku Selama 3 Minit
2.3 Ujian Tekan Tubi
2.4 Ujian Ringkuk Tubi Separa
2.5 Ujian Jangkauan Melunjur
Di kesempatan ini saya sebagai Ketua Panitia PJPK ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan Ujian SEGAK untuk penggal 1 ini...
Sekian terima kasih...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tahniah blog PJK SKPZ. Harap muatkan gambar budak lakukan PJ dalam blog ini. Drpd Nazhif (5IS)
ReplyDelete